Tuesday, August 25, 2009

Notis Iklan Alpha Lipid di Utusan Malaysia Hari ini Rabu 26 Ogos 2009. Dapatkan segera hari ini!!


Rabu 26 Ogos 2009 913pagi
Sila dapatkan naskah UTUSAN MALAYSIA hari ini 26 Ogos 2009. Seperti yang dijanjikan, sebuah iklan berkenaan produk Alpha Lipid Lifeline disiarkan SATU MUKA PENUH di muka surat 23, bahagian iklan (sisipan MEGA).
Berikut adalah perkataan di iklan tersebut:

“ALPHA LIPID™ dan kesemua produk New Image International (“New Image”) yang lain hanya boleh dijual melalui rangkaian jualan langsung N.Z. New Image Sdn.Bhd.ALPHA LIPID™ dan kesemua produk New Image yang hanya boleh dijual oleh pengedar atau ejen N.Z. New Image Sdn. Bhd. Yang diberi kuasa melalui perjanjian jualan langsung menurut polisi dan pelan pemasaran yang diluluskan.
Tiada potongan harga boleh diberikan untuk produk New Image.Pada kebelakangan ini didapati bahawa ALPHA LIPID™ telah dijual di pasaran pada harga diskaun. Ini adalah salah di sisi undang-undang dan sesiapa yang terlibat tanpa mengira sama ada mereka adalah pengedar atau ejen N.Z. New Image Sdn. Bhd. Yang diberi kuasa boleh dikenakan tanggungjawab untuk membayar ganti rugi kepada N.Z. New Image Sdn. Bhd.
Notis dengan ini diberikan bahawa N.Z. New Image Sdn.Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas penggunaan dan keselamatan produk jika produk tersebut dibeli daripada pengedar atau ejen yang tidak diberi kuasa oleh N.Z. New Image Sdn. Bhd.

”Peguam yang dilantik ialah Abdullah Chan, Tingkat 31, UBN Tower, No. 10, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 0323812070 Fax: 0323812078


APA MAKNA KENYATAAN NOTIS INI??

Dalam bahasa yang lebih mudah ialah :- sesiapa jua yang menjual produk New Image di bawah harga yang dibenarkan akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak syarikat. Sesiapa yang melakukan kesalahan ini boleh didakwa dan ganti rugi akan dikenakan kepada individu yang didapati bersalah. AWAS!! Amaran ini terutamanya dituju kepada sesetengah pihak yang tidak professional yang memotong harga asal produk Alpha Lipid Lifeline, kepada harga yang tidak munasabah. Mungkin mereka ingin melariskan produk mereka, tapi cara sebegitu adalah tidak adil kepada semua ejen yang lain.

Harap maklum, dan sila dapatkan naskah
Utusan Malaysia hari ini Rabu 26 Ogos 2009.
Sekian
Hazwani Safwan Hadi
(saya adalah ahli alphalipid lifeline sejak awal tahun 2008 dan memegang no.ahli 146887)
sumber,wan hamidi,www.alphalipid.blogspot.com

No comments: